PROGRAM MENTOR-MENTEE TERENGGANU BERMULA

 

Kuala Terengganu 29 Mei 2003-  Satu Majlis menandatangani memorandum persefahamam program Mentor-Mentee anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Terengganu telah berlangsung pada 29 Mei 2003 di Wisma Persekutuan dengan disaksikan oleh Pengarah JKKP, Ir. Saiful Azhar Md. Said.

 

 

Pengurus Station YTL Power Station Encik Azmi (kiri) dan Ir. Wan Sabri, Pengarah Urusan Local Engineering sedang menandatangani MOU.

Pada majlis tersebut 4 penandatangani memorandum persefahaman (MOU) telah dijalankan diantara Mentor dan Mentee iaitu antara Optimal Chemical (M) Sdn. Bhd., bersama Gimzan Plywood Sdn. Bhd., YTL Power Station Sdn. Bhd, bersama Local Engineering Sdn. Bhd,. Ethylene (M) Sdn. Bhd, bersama MAR Engineering Sdn. Bhd, dan Ethylene (M) Sdn. Bhd, bersama Profrise Sdn. Bhd.

Program ini adalah bertujuan membantu syarikat-syarikat kecil (mentee) dalam Idustri Kecil dan Sederhana menerima khidmat nasihat daripada syarikat-syarikat besar (mentor) dalam hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan sahaja.

Dalam ucapan perasmiannya, Pengarah JKKP Terengganu berharap dalam masa setahun mentee akan dapat meningkatkan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan mereka dengan adanya bantuan mentor-mentor yang berwibawa dan berpegalaman .[ajie mazukie]

[MENU UTAMA]